💗 Assalamualaikum 💗
Selamat berhunjung minggu semua. Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang. Sambil-sambil rehat tu, meh study sikit pasal inai dan pokok. Admin suka nak share dengan u'olls semua tau. Kadang-kadang ada yang suka sangat dengan inai, tapi tak pun apa itu inai, datang dari mana, bak kata orang tua-tua dulu, tak kenal maka tak cinta ye dak!
APA ITU INAI
===========
Inai atau nama botaninya, Lawsonia Inermis adalah sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan mansia, rambut, kuku, dan juga digunakan untuk pewarna kain. Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m. Ditanam secara komersial di negara-negara UAE, Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia, Libya, Arab Saudi, Mesir, Barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanisatan, Turki, Somalia, dan Sudan.
Orang Islam menggunakan inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Pokok inai ni banyak ranting dan mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang membawa maksud ubat.
Kalau ikut sumber sejarah ;
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang-orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India.
Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun ini la yang membuatkan kulit kita yang disapu inai akan menjadi warna merah.
U'olls nak tau, pokok inai ni boleh jadi ubat-ubatan tau! Boleh digunakan untuk menyembuh luka dan kudis di sekeliling kuku.
Sekarang dah mudah. Inai dah dijual dalam bentuk serbuk. Cuma perlu bancuh, celup dan tunggu sehingga kering. Yang penting pastikan yang asli. Sebabnya bila kita beli inai, kita tak tau pun kandungan bahan-bahan campuran dalam tu sehingga kadang-kadang kulit kita boleh terkena jangkitan. Pilih la INAIDAMIA yang pasti nya merah, suci dan asli. 100% dari bahan organic.
So, dah tau kan! Maka buatlah pilihan yang tepat!